Thursday, July 25, 2013

Cinta Gaya Syafa

!Assalamualaikum Semua!

Okay lah.. Hari ni syafa rasa nak kongsi sedikit pandangan mengenai situasi di sekeliling syafa..

"Pasal apa syafa??"

Pasal CINTA.. Heheee..


"CINTA?? Fuyooo.. Ngah jatuh cinta ke?? Kih33.."

Tak la.. Jatuh tangga.. Heheee.. Takde lah.. Just nak sama2 berkongsi pandangan dan pendapat dengan korang semua.. Al-maklumlah syafa bukannya berpengalaman sangat dalam bercinta ni.. Kalau ada pun pernah la sekali.. Tue pun main2 jew.. Tak serius pun.. So masa clash tue, takde la nak meraung, berkurung, bermogok bagai.. Natural je la.. Hehee..

So first of all, nak tanya korang la kan?? 

Salah ke kalau orang yang buruk + gemuk 
mcm syafa ni mencintai seseorang?? Okay2..
 Paling mudah kita suka kt seseorang??


Syafa rasa tak salah pun kan.. Bagi syafa, setiap manusia berhak untuk merasai apa yang dorang rasa.. Hati masing2 kan.. Tapi kenapa bila kita bersikap berani dan sanggup menebalkan muka meluahkan perasaan tue, orang suka2 jew mengutuk kita..

Tidakkah sedikit pun ada di hati mereka 
untuk menghormati tindakan kita itu??

Tahukah mereka bahawa tindakan tersebut 
bukan lah satu tindakan yang mudah??

Paling tidak, tidak bersyukurkah mereka
bahawa masih ada manusia yang meminati mereka??

Bagi syafa, perempuan mahu pun lelaki masing2 mempunyai hati dan perasaan masing2.. Oleh itu, sekiranya perkara seumpama ini berlakunya, tindakan berikut yang perlu kita pertimbangkan..

"Sekiranya Cinta Itu Berbalas"

1st, bersyukurlah dengan Allah kerana cinta kita selama ini berbalas.. Namun sebaiknya janganlah bercouple.. Teruskanlah hubungan sebagai sahabat dan jagalah batas pergaulan sesama kita.. Maklumkan kepada kedua orang tua dan minta pandangan mereka akan hubungan tersebut. Yela kan.. Orang tua kita lebih berpengalaman dan mereka lah sebenarnya penjaga kita yang diamanatkan oleh Allah.. Mana taknya.. Bimbang jugak kalau2 ia akan menjerumuskan kita ke lembah zina.. Nauzbillah.. Namun, jiika mampu, ikatlah hubungan tersebut dengan pernikahan setelah kita betul- betul beristikharah kepada Allah. Itulah sebaik2 tindakan..


Namun.............

"Sekiranya Cinta Hanyalah Bertepuk Sebelah Tangan"

Senyum pada dia dan ucapkan terima kasih kepadanya. Berterus- terang padanya tentang perasaan kita.. Tapi ingat!! Jangan sesekali memaki hamun, mencaci atau mencerca dia.. Beritahunya dengan elok dan gunalah bahasa yang sopan.. Mereka pasti akan memahami tindakan kita.. Percayalah!!

Tapi , kadang- kadang tanpa kita sedari dalam kita menolak dia, kita masih lagi berkelakuan seperti memberi harapan kepadanya.. Kalau korang dah sedar, tolong jangan terus bersikap sedemikian.. Kesian dia.. Berkawanlah biase je la..  Hehee..

Moral of The Story :

Tapi paling penting, jangan main2 dengan perasaan manusia.. Di kalangan kita, ada yang hatinya mudah tersentuh, ada yang lambat pick up ckit dan mcm2 lagi lah.. Jadilah manusia yang bijak dan bertimbang rasa dalam menghadapi situasi sebegini.. Okay!!

Apa2 pun,,,


That's all for now... Adiosss!!

p/s: Apa pendapat korang?? Ke nak kongsi pengalaman sendiri.. Sila3!! Jangan malu2.. Buat macam blog sendiri yew.. Heheee..





0 comments: