Monday, August 26, 2013

Jamuan Hari Raya di Pejabat Meteorologi Gong Kedak 2013

! Assalamualaikum Semua !

Apa khabar?? Cmana dgn raya?? 

Ke dah habis dah mood raya??

Alaaa.. Jangan la macam tue.. Raya kan sebulan.. hehee..

Okay lah.. Kita sambung dengan cerita syafa yew.. 

Walaupun dah agak terlambat nak buat jamuan raya, tapi ktorang tetap jugak nak buat 22 Ogos aritu..

Why???

Sebab masa tue hari Khamis.. kerja sampai pkul 3.30 petang jew..
 *maksudnya boleh balik awal la kan..Hehee..*

Tak payah citer banyak.. Kita tengok gambar pulak yew =)

:::Gadis Penghidang Makanan:::



:::Menu Tajaan:::











:::Makan2 sudah mula! Yeaaahh!!:::





Haaa!! dah kenyang kan tengok gambar2 tadi?? Heheee..

Tapi sayaaaangg.. Takde pulak orang bagi duit raya kat ktorg aritu.. Huhuu..
*Tak sedar diri dah tua bangka.. Hahaaa..*

Di kesempatan ini, Syafa nak mengucapkan,

"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.."

Wednesday, August 14, 2013

Jom Shopping di Efa Shawls

! Assalamualaikum Semua !


Jom shopping shawl.. Syafa tak sempat lak nak upload gambar banyak2 sebab line macam siput plak dye.. Hehee..

Ape2, klik  sini untuk tengok shawl2 yang lagi cantik okay...

Giveaway Raya + Puase by Farah

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !

Jom Join!!


Cepat!! Cepat!!

Tuesday, August 6, 2013

Simple Giveaway by Hannan Wahyu

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !
CEPAT JOIN! 

30 PEMENANG DICARI! MUNGKIN ANDA!

CLICK BANNER UNTUK JOIN ^^

Tarikh : 2/8/13 - 21/8/13

Raya Giveaway by Iman Zakaria & Sabrina Ina

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !


Due date: 3/8/13- 9/8/13

Jom Join!!

Segmen 'Saya nak menang Button Badge'

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !


Tekan banner untuk join!

CODE : F005
TULIS : SYAFAWATI IKMAL



Thursday, July 25, 2013

Cinta Gaya Syafa

!Assalamualaikum Semua!

Okay lah.. Hari ni syafa rasa nak kongsi sedikit pandangan mengenai situasi di sekeliling syafa..

"Pasal apa syafa??"

Pasal CINTA.. Heheee..


"CINTA?? Fuyooo.. Ngah jatuh cinta ke?? Kih33.."

Tak la.. Jatuh tangga.. Heheee.. Takde lah.. Just nak sama2 berkongsi pandangan dan pendapat dengan korang semua.. Al-maklumlah syafa bukannya berpengalaman sangat dalam bercinta ni.. Kalau ada pun pernah la sekali.. Tue pun main2 jew.. Tak serius pun.. So masa clash tue, takde la nak meraung, berkurung, bermogok bagai.. Natural je la.. Hehee..

So first of all, nak tanya korang la kan?? 

Salah ke kalau orang yang buruk + gemuk 
mcm syafa ni mencintai seseorang?? Okay2..
 Paling mudah kita suka kt seseorang??


Syafa rasa tak salah pun kan.. Bagi syafa, setiap manusia berhak untuk merasai apa yang dorang rasa.. Hati masing2 kan.. Tapi kenapa bila kita bersikap berani dan sanggup menebalkan muka meluahkan perasaan tue, orang suka2 jew mengutuk kita..

Tidakkah sedikit pun ada di hati mereka 
untuk menghormati tindakan kita itu??

Tahukah mereka bahawa tindakan tersebut 
bukan lah satu tindakan yang mudah??

Paling tidak, tidak bersyukurkah mereka
bahawa masih ada manusia yang meminati mereka??

Bagi syafa, perempuan mahu pun lelaki masing2 mempunyai hati dan perasaan masing2.. Oleh itu, sekiranya perkara seumpama ini berlakunya, tindakan berikut yang perlu kita pertimbangkan..

"Sekiranya Cinta Itu Berbalas"

1st, bersyukurlah dengan Allah kerana cinta kita selama ini berbalas.. Namun sebaiknya janganlah bercouple.. Teruskanlah hubungan sebagai sahabat dan jagalah batas pergaulan sesama kita.. Maklumkan kepada kedua orang tua dan minta pandangan mereka akan hubungan tersebut. Yela kan.. Orang tua kita lebih berpengalaman dan mereka lah sebenarnya penjaga kita yang diamanatkan oleh Allah.. Mana taknya.. Bimbang jugak kalau2 ia akan menjerumuskan kita ke lembah zina.. Nauzbillah.. Namun, jiika mampu, ikatlah hubungan tersebut dengan pernikahan setelah kita betul- betul beristikharah kepada Allah. Itulah sebaik2 tindakan..


Namun.............

"Sekiranya Cinta Hanyalah Bertepuk Sebelah Tangan"

Senyum pada dia dan ucapkan terima kasih kepadanya. Berterus- terang padanya tentang perasaan kita.. Tapi ingat!! Jangan sesekali memaki hamun, mencaci atau mencerca dia.. Beritahunya dengan elok dan gunalah bahasa yang sopan.. Mereka pasti akan memahami tindakan kita.. Percayalah!!

Tapi , kadang- kadang tanpa kita sedari dalam kita menolak dia, kita masih lagi berkelakuan seperti memberi harapan kepadanya.. Kalau korang dah sedar, tolong jangan terus bersikap sedemikian.. Kesian dia.. Berkawanlah biase je la..  Hehee..

Moral of The Story :

Tapi paling penting, jangan main2 dengan perasaan manusia.. Di kalangan kita, ada yang hatinya mudah tersentuh, ada yang lambat pick up ckit dan mcm2 lagi lah.. Jadilah manusia yang bijak dan bertimbang rasa dalam menghadapi situasi sebegini.. Okay!!

Apa2 pun,,,


That's all for now... Adiosss!!

p/s: Apa pendapat korang?? Ke nak kongsi pengalaman sendiri.. Sila3!! Jangan malu2.. Buat macam blog sendiri yew.. Heheee..





Tuesday, July 23, 2013

Ditahan Polis!!!

!Assalamualaikum Semua!

Apa khabar?? Cmane puasa?? Penuh lagi ke tak??
Kalau tak penuh tak dapat duit raya taw.. Heheee..

Semalam dalam perjalanan nak balik dari kerja dengan kawan, tiba- tiba sampai je dekat Masjid Kampung Tok Has ktorg nmpak ada polis buat roadblock kat citu..

Then, nampak polis2 tue semua muda jew.. Aish!! Aku ni pemalu sikit.. So, memang nak cepat2 la melepasi 'halangan' tue.. Punya la nak cepat lalu depan dorg, aku TERspeed pulak motor aku tue.. Adoi!!!

Apa lagi....

Polis 1 : Hoi!!! Benti!! Benti!! Benti!!
Polis 2 : Ke tepi!! Ke tepi!!

Aishh!! Aku ade buat salah kew?? Al-maklumlah.. tak pernah kena tahan ngan polis seumur hidup aku ni.. Inilah yang pertama kali.. Hahaaa..

Maka kemudiannya, aku bergerak la ke tepi jalan tapi ktorg tak turun pun dari motor.. Duk bertenggek je kat atas motor.. Hahaa.. Dalam pada tue sempat lagi duk sembang ngan Acik Polis.. 

"Acik nape ade roadblock ni?"

"Saje je dik.. Kita buat ni mugo nak dekat doh key ngan ngundi.."

"Sayo ado buat saloh ko??"

"Tak dop pun.. Tu ha!! Budok hok duk jago tengoh tue.. Baso dyo doh ore muda.. Nyo sekat budok tino sajo.."

"Owh.. Patutla.."

Memang betul pun cakap Acik tue.. Mane tak nya.. Lepas aku kena tahan tue, ada dua orang budak laki ngah bawak moto jugak.. Tapi tak kena tahan pun.. Nampak tak di situ permainan dorg?? Ish3!!

"Owh.. Pahtu sapa bilo ni?"

"Sapa ngundi la dik.. Kito wat alah petey daley maso2 ni.. pahtu tengoh maley pun ado jugok.."

Seketika kemudian, datang la pulak polis macam muka Cina jew.. Tapi tak tahu la Cina ke Melayu kan.. Heheee..

"Dik, mintak lesen.."

"Kejap.."

Adoi la!! Nak bawak keluar purse pun lambat.. Bukan terkesima dengan abg polis tue.. Tapi sebab gelabah sangat kena terjah ngan polis camtu.. Hahaa..

"Okay.. Nah!"

Lame jugak la dye duk tengok2 lesen aku tue.. Lepas tue tengok muka aku pulak.. Bergilir2 dengan lesen tue.. Apa tak sama sangat aku dalam gambar dengan realiti?? Hahahaaa..

"Mintak IC.."

Pun sama jugak la macam tadi.. Ditiliknya IC tue dengan muka aku ni.. Aishh!! Then, berlalulah pergi si polis tue.. Tapi belum sempat aku nak tanye Acik polis yang tadi tue, terus dye cakap cmni..

" Jange rusing.. kito tahan just nk buat rekod kito.."

Owh.. Baru la aku paham.. Heheee.. Agak lama jugak la ktorg borak2.. Ada la  dalam 5-10 minit.. Then abang polis tue datang.. 

"Okay.. Nah!"

"Terima kasih.. Eh saya tak kena saman kan??"

"Tak lah.."

Lepas tue, Acik tue pun tambah lagi..

" Kalau kena saman, nnti dye bagi resit tue and suruh adik sign.. Tu kalu kena saman dik.. Dye ada duo dik.. Kalu adik keno saman, dyo akan mitok sign.. Kalu dyo nak kenal, dyo mitok nombor tepon la.."

"Eh!! Tue dah lain Acik.. Hahaaa"

"Ni nak pegi mana??"

"Ktorg nak g Pasir Puteh.. Baru balik keja dari Gong Kedak"

"Ish!! Jauh tue.. Pasir Puteh kat mana?? Dhtu ni ulang alik ngan moto tiap2 hari ke??"

"Gaal... Ha'ah.. Heheee.. Takpo lah.. Sek sayo gi dulu deyh.."

"Okay.. Bawak moto molek tue.. Jumpo mula deyh..Assalamualaikum.."

"InsyaALLAH.. Selamat berbuka Acik.. Waalaikummussalam.."

So, ktorng pun memecut motor dengan perlahan.. Hehee..

Moral of the story :
Nampak polis jangan la nak pecut.. Kan dah kena tahan macam syafa ni.. Hehee.. Then, kalau kena tahan tue, tak semestinya dorg nak saman kita.. Kadang2 just untuk rekod dorang jew.. Kih33..

That's all from now.. Adioss!!


Monday, July 22, 2013

"Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa"

!Assalamualaikum Semua!

Agak lama jugak syafa tak join segmen- segmen ni.. Sorry ye blogger semua.. Bukan taknak join, tapi kekangan masa yang tak mengizinkan.. My Bad..

Okaylah.. Masa tengah blog walking tadi, terlihat lah oleh syafa *karangan BM sangat kan* segmen ni..

"Macam menarik je nak join.. heheee.. "

"Join lah!!"





Untuk join, klik je banner tue ok..

Selain tu, nak ajak jugak kengkawan blogger yg lain join sekali..

Achik
Hidayah
Fais

Selamat Menyambut Ramadan al- Mubarak 
&
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..

Maaf zahir + batin.. 

That's all... Adiosss!!

My ViVa on Final Year Project

!Assalamualaikum Semua!

Haish.. Lama dah rasanya tak update blog Syafa ni.. Agak-agaknya kalau buat gotong- royong ni, k0nfem!!!! Bersawang der.. Hahaaaa..

Emmm.. Apa kata syafa cerita sikit pasal ViVa FYP syafa hari tu?? Heheee..

Okay lah.. First of all, korang tahu tak apa itu ViVa?? FYP??

" Kereta Viva tue la kan??"

"Ermm.. For your information??"

"Alaaaa.. Cakap je la.. Tak pasti r.."

Salah la.. Yang last ni, konfem jawapan nak selamatkan diri.. Hahaaa.. 

Okay lah.. Those terms merupakan common terms for final year student in Universiti Kebangsaan Malaysia a.k.a UKM.. 

ViVa merujuk kepada presentation projek bagi pelajar tahun akhir.. Perkara ini memang wajib dihadapi oleh pelajar tahun akhir tapi bergantung juga kepada fakulti masing- masing.. Masa ni lah yang mendebarkan semua pelajar.. 

"Kenapa??"

 Sebab masa ni lah korang akan 'dihentam' secukup- cukupnya oleh para pensyarah.. Diulangi!! Para Pensyarah!! 

"Meaning lebih daripada seorang la ni kan?? "

Yup!!

 Tapi kalau tak nak kena 'fire' cukup- cukup macam Ultraman tue, you need to understand your project very well.. Like it is part of your life.. Without it, your life is nothing!!! chewah..

FYP pula adalah Final Year Project.. Projek tahun akhir la kalau diMelayukan.. Heheee.. Memang benda ni khusus untuk semua pelajar tahun akhir di UKM.. 

"Tajuk camne?? Kena cari sendiri ke?? Susah tak nak buat??"

Ermm.. Kalau pasal tajuk tue, korang jangan risau.. Kebiasaannya, penyelia a.k.a pensyarah yang telah dipilih akan sediakan tajuk untuk korang.. Kerja korang just cari bahan rujukan, buat penyelidikan *yang ni optional* dan karang tesis korang.. Senang je kan?? heheee.. 

Nak cerita cmane yer?? Emm.. I think.....

"Pictures Will Tell Everything"

Geng satu group penyelidikan ni..
Sal, Me, Tiqa

Dalam senyuman tersembunyi 1001 debaran..

Masa presentation ni.. Allah je yang tahu perasaan masa tue.. Fuhh!!

Bersama penyelia dan student PhD selepas presentation..

Yang ni bukan pakwe ea.. Ni geng satu lab, Musyrif..

Bergambar bersama pemeriksa & penyelia..
Lega sangat..

So camane?? Macam best je kan.. So kena try lah.. baru tahu best ke x.. hehee..

That's all for now.. Adioss!!



Tuesday, June 11, 2013

Exam Terakhir =(

!Assalamualaikum Semua!

Wah!! Stress betul sekarang ni. Tahu tak kenapa?? Sebenarnya, sekarang ni syafa tengah sibuk study untuk final exam. And this would be my last examination as a degree student in UKM. Sedih tau. Hmmmm.

Pejam celik! Pejam celik! Dah 3 tahun rupanya syafa kat UKM ni. Belajar pulak bidang Fizik yang pure punya. Memang nak nangis la weyh bila setiap kali dah dekat exam ni. Mana tak nya, al- senang la sangat soalannya. 
*tipu ni* 

Walau bagaimanapun, terlampau banyak kenangan telah tercipta di sini. Ada yang manis, masam, tawar, pahit and banyak lagilah. Susah ni nak cari kat pasar malam or supermarket. Hehee. 

Nanti 23 Jun ni dah nak start lapor diri untuk prktikal pulak kat Jabatan Meteorologi Malaysia cawangan Gong Kedak, Terengganu. Jadi, lepas ni kalau nak laporan kaji cuaca, text me okay! Hahaa.

InsyaAllah kalau takde aral duk melintang tengah jalan, bulan oktober ni Syafa akan berkonvo. Wee! Gembira sangat coz nanti satu family datang tengok kita konvo. Hehee.

Bagi yang tengah menghadapi exam sekarang, syafa doakan korang berjaya dan buat molek deyh. Make your family proud of you!

Doakan syafa berjaya jugak yew semua =)

ps:: Mintak la semester akhir ni dapat dekan. Chewah!!



Member Blogger ke- 100 =)

!Assalamualaikum Semua!

Ni ha. Member kat blog syafa dah masuk ke 100. Thanx ye Rina c0z sudi jadi kawan kita yang ke-100 juta kali. *sambil nyanyi* Hehee.

Klik banner untuk berkenalan yew =)

Jadi marilah kita mengeratkan hubungan silaturrahim sesama blogger yew. 

Salam Blogger! Salam 1 Malaysia!

Yeah!!