| Assalamualaikum Semua |
Berhabuk la blog ni.. Dah lama sangat simpan dalam almari ni.. Hehee..
Well! Rasa mcm xnk post entry.. Tapi nak post perasaan pulak.. Boleh?? =)
**************************************
Sedih betul 2 3 hari ni.. Tak tahu la kenapa.. Mood swing mungkin..
*jangan mental yang swing sudaaa*
Aku juga manusia biasa yang bergelar seorang gadis.. Dilahirkan dengan fitrah ingin disayangi seperti orang lain.. Dikurniakan dengan satu sifat yang aku juga benci kadang- kadang tu.. SETIA!!
Yes! Orang kata beruntung kalau sesiapa yang dapat pasangan macam aku ni.. Setia pada seorang sahaja.. Tapi ada keburukannya.. Andai kasih itu hanya kasih biasa, it's ok.. Tapi kalau kasih itu adalah cinta, ditambah pulak bertepuk sebelah tangan sahaja, it was a disaster!! WHY??
Sebab kita hanya mencintai dia tanpa beroleh sebarang balasan.. Cemburu pula hanya mampu disimpan di lubuk hati paling dalam sebab kalau merajuk, si dia takkan pujuk.. Tapi kerana SETIA, hati ini susah untuk terbuka oleh insan lain walau sehebat manapun insan itu..
Itulah penangan setia dalam cinta bertepuk sebelah tangan!!
Kan bagus kalau cinta ini hanya untuk Allah.. Tapi aku hanya manusia biasa yang lemah imannya..
Kadang- kadang aku tak kuat untuk menghadapi ujian sebegini.. Bagiku, masalah hidup paling rumit adalah CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN..
Ia berkait secara langsung dengan perasaan dan emosi.. Aku cukup benci bila jadi macam ni.. Tak mampu nak kawal emosi sendiri dan akhirnya aku .........
"Apabila tiada seseorang pun di sisimu ketika engkau memerlukan seseorang..
Dan menangis sahaja yang mampu mengubati luka itu.."
************************************
Sesedih mana pun diri ini, aku bersyukur.. Kerana ujian ini bersebab.. Ya!! Allah tidak menduga kita tanpa sebab.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
1- Allah ingin aku mengingatinya.. Mungkin sebab aku telah alpa dari mengingati Dia
2- Allah nak kuatkan jiwaku untuk menjalani kehidupan
3- Allah nak ingatkan juga bahawa segala- galanya telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi..
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu
Terima Kasih Ya Allah =)