Monday, January 14, 2013

~Tips Menjadi Orang Yang Gembira~

Assalamualaikum semua..
How are you guys?? Hopefully in a good health..
Post hari ini cukup memberi semangat kepada saya.. Alhamdulillah.. 
Nak tahu pasal apa??

Hmmm.. Bangun pagi ni, saya log in di FB.. Tengok noti, tergerak hati untuk bukak post kawan, Dr. wanna-be Madhiah Ghazali di group FB Himpunan Alumni Fikrah Islam SMSTMFP...
*Biasenye saya malas nk buka noti dekat group sekolah lama dulu..Hehe.. Pecah tembelang sudaaaa..*
Terbaca la post Madhiah mengenai...
"TIPS UNTUK MENJADI ORANG YANG GEMBIRA"
Apa lagi??? Jom Baca!!!

                             *****
Nak jadi orang yang gembira ? 
 Ini TIPS nya...

1. Orang yang bertaubat
2. Orang yang beribadat
3. Orang yang memuji Allah
4. Orang yang mengembara menuntut ilmu dan mengembangkan Islam
5. Orang yang rukuk, sujud
6. Orang yang menyuruh berbuat kebaikan DAN yang melarang daripada kejahatan
7. Orang yang menjaga hukum Allah


selamat bergembira ! :)
                            *****

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."

"(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)"

at-Taubah: 111-112

0 comments: