Tuesday, September 30, 2014

Pengakhiran Sebuah Setia

| Assalamualaikum Semua |

Berhabuk la blog ni.. Dah lama sangat simpan dalam almari ni.. Hehee..
Well! Rasa mcm xnk post entry.. Tapi nak post perasaan pulak.. Boleh?? =)

**************************************
Sedih betul 2 3 hari ni.. Tak tahu la kenapa.. Mood swing mungkin.. 
*jangan mental yang swing sudaaa*  

Aku juga manusia biasa yang bergelar seorang gadis.. Dilahirkan dengan fitrah ingin disayangi seperti orang lain.. Dikurniakan dengan satu sifat yang aku juga benci kadang- kadang tu.. SETIA!!

Yes! Orang kata beruntung kalau sesiapa yang dapat pasangan macam aku ni.. Setia pada seorang sahaja.. Tapi ada keburukannya.. Andai kasih itu hanya kasih biasa, it's ok.. Tapi kalau kasih itu adalah cinta, ditambah pulak bertepuk sebelah tangan sahaja, it was a disaster!! WHY??


Sebab kita hanya mencintai dia tanpa beroleh sebarang balasan.. Cemburu pula hanya mampu disimpan di lubuk hati paling dalam sebab kalau merajuk, si dia takkan pujuk.. Tapi kerana SETIA, hati ini susah untuk terbuka oleh insan lain walau sehebat manapun insan itu..

Itulah penangan setia dalam cinta bertepuk sebelah tangan!! 


Kan bagus kalau cinta ini hanya untuk Allah.. Tapi aku hanya manusia biasa yang lemah imannya..
Kadang- kadang aku tak kuat untuk menghadapi ujian sebegini.. Bagiku, masalah hidup paling rumit adalah CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN..

Ia berkait secara langsung dengan perasaan dan emosi.. Aku cukup benci bila jadi macam ni.. Tak mampu nak kawal emosi sendiri dan akhirnya aku .........

"Apabila tiada seseorang pun di sisimu ketika engkau memerlukan seseorang..
Dan menangis sahaja yang mampu mengubati luka itu.."

************************************
Sesedih mana pun diri ini, aku bersyukur.. Kerana ujian ini bersebab.. Ya!! Allah tidak menduga kita tanpa sebab.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

1- Allah ingin aku mengingatinya.. Mungkin sebab aku telah alpa dari mengingati Dia
2- Allah nak kuatkan jiwaku untuk menjalani kehidupan
3- Allah nak ingatkan juga bahawa segala- galanya telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi..

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu


Terima Kasih Ya Allah =)


Thursday, August 21, 2014

Harga Meletop Kebabaom!!!





High Beam 3 in 1- RM16


Variable Y - RM9



MN Matte Lip Gloss - RM10



Relian Mascara - RM16



Feelvogue (kod Beige SAHAJA)- RM56



Mask (shiseido black mask, shiseido white mask, eye mask)
- RM0.60/pcs (lagi banyak, lagi murah tau!!)

          
 


**Harga belum masuk postage yew..

** Boleh pm saya terus di Facebook Syafa ATAU wassap di 017-9363235

Friday, January 3, 2014

REVIEW 2013

 | Assalamualaikum Semua |

    Nampaknya tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya.  Tentunya pelbagai perkara pahit, manis, masin, kelat telah dilalui. Kan?? Dan yang paling penting, apa jua matlamat kita pada 2013 TELAH TERCAPAI. Yang sikit-sikit tak capai lagi tue boleh la tunda ke 2014 pula. Amacam?? Hehee..

    Bagi Syafa pula, Alhamdulillah! Itu saja yang mampu Syafa ucapkan. *tersenyum*  Dan persoalannya sudah tentu KENAPA kan?? Well! Let me tell you guys.

    Kalau diputar kembali ke belakang *flashback*.. 2013 memang tahun sangat mencabar setakat ini . It was my hard time. Really! Banyak perkara nak difikirkan terutama sekali projek tahun akhir (FYP). MasyaALLAH! Sangat mengajar Syafa erti kesabaran dan ketabahan. When it relates to FYP, you should manage your project very well starting from the planning, making and so on. Memang cukup penat. PENAT MINDA!! Hahaa. Tapi, siapa taknak yang terbaik dalam hidup mereka. Betul tak? =)  

                         Well! No Pain, No Gain!! Right?? 

   Itupun dah mula final examination belum selesai lagi. Mana taknya! Report kena banyak kali check. Bukan double check dah jadinya. Multiple check! Lastly, penyelia surrender and let me publish it. Tips??

           "When we're dealing with people, you need to go on 
         with the flow or sometimes being demanding a little bit."

    Ye laa. Untuk mudahkan kerja kita juga. Tapi jangan selalu la yew. Kesian pulak kat penyelia tue nanti. Hahaa.

    Selesai jew FYP dan final exam, dua hari kemudian dah kena lapor diri untuk latihan industri. Tak sempat nak rehat- rehat. Ponat den! Tapi nasib baik dapat satu tempat dengan kawan masa sekolah rendah dulu, Mariana. Ada la jugak kawan nanti! Hari 1st, pukul 6.30 pagi dah gerak. Mana taknya!

  • 1st, ktorg tak tahu sangat kat mana tempat tue. Syafa just tahu simpang nak masuk ke kawasan tue jew. Hehee..
  • 2nd, mama dah pesan, bawa tue pelan- pelan dah ler. Anak mithali la katakan. *mithali la sangat* Hahaa..
  • 3rd, of kos la naik motor. Tak berani la den nak bawa laju-laju.. Kawe sayang ko nyawo kawe ni. Tambah pula mama dah pesan tue.. Huhuu..

   Alhamdulillah!! Kesemuanya berjalan lancar walaupun benyak pahit getir yang perlu dilalui. Kedua-duanya membuahkan hasil yang sangat33x baik.. Yeaaay!!

  Kemudian, Syafa berjaya grad on time and capai target pointer! Walaupun tak seberapa, pointer setiap semester Syafa menunjukkan peningkatan. Perit jerih nak dapatkan 'sejemput' pointer itu, hanya Syafa yang rasa. You wouldn't know how the others feel if you're not in their shoes.

Last but not least, jangan berputus asa dalam mengejar apa jua matlamat dan cita- cita kita di tahun 2014. Yang paling penting, jadikanlah diri kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.

                  "Berdoa, Berusaha, Tawakal kepada Allah"

                          | Selamat Tahun Baru 2014 |



  
    


Monday, August 26, 2013

Jamuan Hari Raya di Pejabat Meteorologi Gong Kedak 2013

! Assalamualaikum Semua !

Apa khabar?? Cmana dgn raya?? 

Ke dah habis dah mood raya??

Alaaa.. Jangan la macam tue.. Raya kan sebulan.. hehee..

Okay lah.. Kita sambung dengan cerita syafa yew.. 

Walaupun dah agak terlambat nak buat jamuan raya, tapi ktorang tetap jugak nak buat 22 Ogos aritu..

Why???

Sebab masa tue hari Khamis.. kerja sampai pkul 3.30 petang jew..
 *maksudnya boleh balik awal la kan..Hehee..*

Tak payah citer banyak.. Kita tengok gambar pulak yew =)

:::Gadis Penghidang Makanan:::



:::Menu Tajaan:::











:::Makan2 sudah mula! Yeaaahh!!:::





Haaa!! dah kenyang kan tengok gambar2 tadi?? Heheee..

Tapi sayaaaangg.. Takde pulak orang bagi duit raya kat ktorg aritu.. Huhuu..
*Tak sedar diri dah tua bangka.. Hahaaa..*

Di kesempatan ini, Syafa nak mengucapkan,

"Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin.."

Wednesday, August 14, 2013

Jom Shopping di Efa Shawls

! Assalamualaikum Semua !


Jom shopping shawl.. Syafa tak sempat lak nak upload gambar banyak2 sebab line macam siput plak dye.. Hehee..

Ape2, klik  sini untuk tengok shawl2 yang lagi cantik okay...

Giveaway Raya + Puase by Farah

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !

Jom Join!!


Cepat!! Cepat!!

Tuesday, August 6, 2013

Simple Giveaway by Hannan Wahyu

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !
CEPAT JOIN! 

30 PEMENANG DICARI! MUNGKIN ANDA!

CLICK BANNER UNTUK JOIN ^^

Tarikh : 2/8/13 - 21/8/13

Raya Giveaway by Iman Zakaria & Sabrina Ina

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !


Due date: 3/8/13- 9/8/13

Jom Join!!

Segmen 'Saya nak menang Button Badge'

...TAMAT...

! Assalamualaikum Semua !


Tekan banner untuk join!

CODE : F005
TULIS : SYAFAWATI IKMAL



Thursday, July 25, 2013

Cinta Gaya Syafa

!Assalamualaikum Semua!

Okay lah.. Hari ni syafa rasa nak kongsi sedikit pandangan mengenai situasi di sekeliling syafa..

"Pasal apa syafa??"

Pasal CINTA.. Heheee..


"CINTA?? Fuyooo.. Ngah jatuh cinta ke?? Kih33.."

Tak la.. Jatuh tangga.. Heheee.. Takde lah.. Just nak sama2 berkongsi pandangan dan pendapat dengan korang semua.. Al-maklumlah syafa bukannya berpengalaman sangat dalam bercinta ni.. Kalau ada pun pernah la sekali.. Tue pun main2 jew.. Tak serius pun.. So masa clash tue, takde la nak meraung, berkurung, bermogok bagai.. Natural je la.. Hehee..

So first of all, nak tanya korang la kan?? 

Salah ke kalau orang yang buruk + gemuk 
mcm syafa ni mencintai seseorang?? Okay2..
 Paling mudah kita suka kt seseorang??


Syafa rasa tak salah pun kan.. Bagi syafa, setiap manusia berhak untuk merasai apa yang dorang rasa.. Hati masing2 kan.. Tapi kenapa bila kita bersikap berani dan sanggup menebalkan muka meluahkan perasaan tue, orang suka2 jew mengutuk kita..

Tidakkah sedikit pun ada di hati mereka 
untuk menghormati tindakan kita itu??

Tahukah mereka bahawa tindakan tersebut 
bukan lah satu tindakan yang mudah??

Paling tidak, tidak bersyukurkah mereka
bahawa masih ada manusia yang meminati mereka??

Bagi syafa, perempuan mahu pun lelaki masing2 mempunyai hati dan perasaan masing2.. Oleh itu, sekiranya perkara seumpama ini berlakunya, tindakan berikut yang perlu kita pertimbangkan..

"Sekiranya Cinta Itu Berbalas"

1st, bersyukurlah dengan Allah kerana cinta kita selama ini berbalas.. Namun sebaiknya janganlah bercouple.. Teruskanlah hubungan sebagai sahabat dan jagalah batas pergaulan sesama kita.. Maklumkan kepada kedua orang tua dan minta pandangan mereka akan hubungan tersebut. Yela kan.. Orang tua kita lebih berpengalaman dan mereka lah sebenarnya penjaga kita yang diamanatkan oleh Allah.. Mana taknya.. Bimbang jugak kalau2 ia akan menjerumuskan kita ke lembah zina.. Nauzbillah.. Namun, jiika mampu, ikatlah hubungan tersebut dengan pernikahan setelah kita betul- betul beristikharah kepada Allah. Itulah sebaik2 tindakan..


Namun.............

"Sekiranya Cinta Hanyalah Bertepuk Sebelah Tangan"

Senyum pada dia dan ucapkan terima kasih kepadanya. Berterus- terang padanya tentang perasaan kita.. Tapi ingat!! Jangan sesekali memaki hamun, mencaci atau mencerca dia.. Beritahunya dengan elok dan gunalah bahasa yang sopan.. Mereka pasti akan memahami tindakan kita.. Percayalah!!

Tapi , kadang- kadang tanpa kita sedari dalam kita menolak dia, kita masih lagi berkelakuan seperti memberi harapan kepadanya.. Kalau korang dah sedar, tolong jangan terus bersikap sedemikian.. Kesian dia.. Berkawanlah biase je la..  Hehee..

Moral of The Story :

Tapi paling penting, jangan main2 dengan perasaan manusia.. Di kalangan kita, ada yang hatinya mudah tersentuh, ada yang lambat pick up ckit dan mcm2 lagi lah.. Jadilah manusia yang bijak dan bertimbang rasa dalam menghadapi situasi sebegini.. Okay!!

Apa2 pun,,,


That's all for now... Adiosss!!

p/s: Apa pendapat korang?? Ke nak kongsi pengalaman sendiri.. Sila3!! Jangan malu2.. Buat macam blog sendiri yew.. Heheee..