Saturday, November 8, 2014

First Giveaway By Eilya Maisara

| Assalamualaikum Semua |

Sah sehingga : 25 November 2014

Jom join.. Nak ajak kawan- kawan blogger yang lain juga lah..
[6] Fais

Klik banner untuk support..


SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA

| Assalamualaikum Semua |


Klik banner untuk join sekaki.. Heheee =)

Sah sehingga : 16 November 2014


Sah sehingga : 16 November 2014

Friday, November 7, 2014

BIRTHDAY GIVEAWAY EMBUN BEAUTY HOUSE BY TENGKUBUTANG

| Assalamualaikum Semua |

Sah sehingga : 12 November 2014


Jom pakat join!!!

Untuk maklumat lanjut, sila klik pada banner.. =)

Thursday, November 6, 2014

Giveaway By Mamaniza.com


| Assalamualaikum Semua |

Sah sehingga : 10 Noveber 2014 (12 tengahari)




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.


Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.


Tuesday, November 4, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

| Assalamualaikum Semua |


Tarikh : 
21, 22, 23 November 2014

Tempat : 
Putrajaya International Convention Center (PICC)

Masa : 
9.00 pagi hingga 10 malam


MASUK ADALAH PERCUMA!!!



Jom pakat bawak satu family.. 

Syafa pun peminat tegar upin & ipin jugak..


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Wednesday, October 8, 2014

Segmen Bloglist November 2014 By AdeLine

.....TAMAT SUDAAA.....


| Assalamualaikum Semua |


Jom kita pakat join..
Boleh tambah kawan blogger..

Kalau nak join, sila klik pada banner..

Tuesday, October 7, 2014

My Cinta Hati

| Assalamualaikum Semua |

Selamat hari raya aidiladha.. Maaf zahir & batin semua..
Siapa yang join ibadah korban tahun ni?
Sila angkat kaki haiwan sembelihan anda tinggi- tinggi..
Yeayyyyyy!!!


Okey laa.. Hari ni syafa nak bagitahu something..
 
I just got a new motorcycle!!!
Tapi motor biasa je la.. Nak beli LC tak mampu.. Bajet pun maximum RM4000 jew.. Tapi kira dah okay la sebab I still got the good one..

Mempersembahkan.........


Haaa!! Inilah dye.. 
SYM Bonus 110 SR...

Bergaya kan.. Heheee.. 


Ini pulak spesifikasi dye..

Motor ni syafa beli total semua tak sampai RM4000 pun.. Murah kan..
Kedai yang jual motor ni pun okay.. Siap ada service simpan motor lagi..
Yela kan.. Syafa ni kan student.. Kalau cuti semester yang lama tu takkan nak tinggal kat kolej pulak.. Sayang 'boyfie' I ni.. Susah betul nak pikat dia.. Hehee..

Untuk entry ni, tak dapat nak share gambar boyfie I.. Lupew nk selfie ngan dia tadi.. Hehee..

Takpe! Takpe! Takpe!

Nanti syafa hupdate hokey...

Adios =)


Thursday, October 2, 2014

DIAM.. Bukan Mengalah!!

| Assalamualaikum Semua |

Apa yang korang akan rasa bila dapat tahu ada orang yang suka selongkar segala- galanya pasal korang? 
Dari A sampai Z..

Ada FB ke x?
Siapa friend korang?
Ada social medium lain ke x?
Orang mana?
BF or GF saper?

Mesti sakit hati kan!!!

Haishh.. Sama la.. Aku cukup pantang manusia macam ni.. Tak pernah pun nak godek- godek pasal kehidupan dorang.. Asal dorang rajin- rajin nak selongkar semua pasal aku?? Sampaikan aku rasa macam dah takde tempat untuk aku berkongsi pendapat dengan orang lain.. Dah takde privasi..

Biasa aku buat derk jew.. Malas nak layan manusia tiga suku macam ni.. Ada penyakit mental jugak orang macam ni.. Penyakit mental tak semestinya gila yang masuk Hospital Tanjung Rambutan tue hokeyy.. Andai kata korang rasa tertekan and serabut giler, itu pun one of the simptoms jugak lah.. Tapi tak teruk la.. Kira minor jew la.. Masih boleh dikawal..

Okay!! Back to the story..

Ni kire aku dah geram sangat ni... Tak tahan sangat dah..  Biarlah orang nak kata aku keyboard warriors sekalipun.. Tapi yang penting aku tak ganggu medium orang lain.. OK!!

Then, bila dah selongkar pasal aku kaw2 punya, pergh!! Pergi cerita + ngadu pulak kat orang lain.. Crita tue pulak.. MAK AIHH!! Bukan main lagi kan.. Menyampah tau!! Jangan ingat dorang je yang pandai menyampah.. Aku pun boleh r.. 

Aku memang tak good2.. Aku mengaku jew.. TAPI dorang???
Bajet good2 pulak.. Duk habaq kat public pasal perasaan dorang laaa .. Kononnya tak puas hati dengan aku.. 

Eh!! Haloooo.. Matang la sikit weyh.. Aku bila dpat tahu korang duk godek pasl kehidupan aku, ada aku mengamuk macam korang?? TAK DE kan??
Tak payah nak bajet masalah besar sangat la.. 

Satu jew, aku tak ganggu hidup korang, so korang jangan ganggu hidup aku..
Jangan sampai aku buat benda yang lebih teruk drpd apa yang korang buat.. You wouldn't expect what I can do in the future.. Dengan izin Allah...

Tak guna nak mintak maaf kalau duk ulang perangai tiga suku korang tue..
Cukuplah!! Korang ambil la apa yang korang nak.. Aku tak kesah..

..TAPI..

Jangan ganggu hidup aku and duk buat perangai tiga suku korang tue..

Kita semua dah besar..Fikirlah sendiri..

p/s:: Sorry sebab entry ni bahasa dia kasaq sikit noh..



Tuesday, September 30, 2014

Pengakhiran Sebuah Setia

| Assalamualaikum Semua |

Berhabuk la blog ni.. Dah lama sangat simpan dalam almari ni.. Hehee..
Well! Rasa mcm xnk post entry.. Tapi nak post perasaan pulak.. Boleh?? =)

**************************************
Sedih betul 2 3 hari ni.. Tak tahu la kenapa.. Mood swing mungkin.. 
*jangan mental yang swing sudaaa*  

Aku juga manusia biasa yang bergelar seorang gadis.. Dilahirkan dengan fitrah ingin disayangi seperti orang lain.. Dikurniakan dengan satu sifat yang aku juga benci kadang- kadang tu.. SETIA!!

Yes! Orang kata beruntung kalau sesiapa yang dapat pasangan macam aku ni.. Setia pada seorang sahaja.. Tapi ada keburukannya.. Andai kasih itu hanya kasih biasa, it's ok.. Tapi kalau kasih itu adalah cinta, ditambah pulak bertepuk sebelah tangan sahaja, it was a disaster!! WHY??


Sebab kita hanya mencintai dia tanpa beroleh sebarang balasan.. Cemburu pula hanya mampu disimpan di lubuk hati paling dalam sebab kalau merajuk, si dia takkan pujuk.. Tapi kerana SETIA, hati ini susah untuk terbuka oleh insan lain walau sehebat manapun insan itu..

Itulah penangan setia dalam cinta bertepuk sebelah tangan!! 


Kan bagus kalau cinta ini hanya untuk Allah.. Tapi aku hanya manusia biasa yang lemah imannya..
Kadang- kadang aku tak kuat untuk menghadapi ujian sebegini.. Bagiku, masalah hidup paling rumit adalah CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN..

Ia berkait secara langsung dengan perasaan dan emosi.. Aku cukup benci bila jadi macam ni.. Tak mampu nak kawal emosi sendiri dan akhirnya aku .........

"Apabila tiada seseorang pun di sisimu ketika engkau memerlukan seseorang..
Dan menangis sahaja yang mampu mengubati luka itu.."

************************************
Sesedih mana pun diri ini, aku bersyukur.. Kerana ujian ini bersebab.. Ya!! Allah tidak menduga kita tanpa sebab.. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

1- Allah ingin aku mengingatinya.. Mungkin sebab aku telah alpa dari mengingati Dia
2- Allah nak kuatkan jiwaku untuk menjalani kehidupan
3- Allah nak ingatkan juga bahawa segala- galanya telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi..

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu
Jodoh pasti bertemu


Terima Kasih Ya Allah =)


Thursday, August 21, 2014

Harga Meletop Kebabaom!!!





High Beam 3 in 1- RM16


Variable Y - RM9



MN Matte Lip Gloss - RM10



Relian Mascara - RM16



Feelvogue (kod Beige SAHAJA)- RM56



Mask (shiseido black mask, shiseido white mask, eye mask)
- RM0.60/pcs (lagi banyak, lagi murah tau!!)

          
 


**Harga belum masuk postage yew..

** Boleh pm saya terus di Facebook Syafa ATAU wassap di 017-9363235

Friday, January 3, 2014

REVIEW 2013

 | Assalamualaikum Semua |

    Nampaknya tahun 2013 telah pun melabuhkan tirainya.  Tentunya pelbagai perkara pahit, manis, masin, kelat telah dilalui. Kan?? Dan yang paling penting, apa jua matlamat kita pada 2013 TELAH TERCAPAI. Yang sikit-sikit tak capai lagi tue boleh la tunda ke 2014 pula. Amacam?? Hehee..

    Bagi Syafa pula, Alhamdulillah! Itu saja yang mampu Syafa ucapkan. *tersenyum*  Dan persoalannya sudah tentu KENAPA kan?? Well! Let me tell you guys.

    Kalau diputar kembali ke belakang *flashback*.. 2013 memang tahun sangat mencabar setakat ini . It was my hard time. Really! Banyak perkara nak difikirkan terutama sekali projek tahun akhir (FYP). MasyaALLAH! Sangat mengajar Syafa erti kesabaran dan ketabahan. When it relates to FYP, you should manage your project very well starting from the planning, making and so on. Memang cukup penat. PENAT MINDA!! Hahaa. Tapi, siapa taknak yang terbaik dalam hidup mereka. Betul tak? =)  

                         Well! No Pain, No Gain!! Right?? 

   Itupun dah mula final examination belum selesai lagi. Mana taknya! Report kena banyak kali check. Bukan double check dah jadinya. Multiple check! Lastly, penyelia surrender and let me publish it. Tips??

           "When we're dealing with people, you need to go on 
         with the flow or sometimes being demanding a little bit."

    Ye laa. Untuk mudahkan kerja kita juga. Tapi jangan selalu la yew. Kesian pulak kat penyelia tue nanti. Hahaa.

    Selesai jew FYP dan final exam, dua hari kemudian dah kena lapor diri untuk latihan industri. Tak sempat nak rehat- rehat. Ponat den! Tapi nasib baik dapat satu tempat dengan kawan masa sekolah rendah dulu, Mariana. Ada la jugak kawan nanti! Hari 1st, pukul 6.30 pagi dah gerak. Mana taknya!

  • 1st, ktorg tak tahu sangat kat mana tempat tue. Syafa just tahu simpang nak masuk ke kawasan tue jew. Hehee..
  • 2nd, mama dah pesan, bawa tue pelan- pelan dah ler. Anak mithali la katakan. *mithali la sangat* Hahaa..
  • 3rd, of kos la naik motor. Tak berani la den nak bawa laju-laju.. Kawe sayang ko nyawo kawe ni. Tambah pula mama dah pesan tue.. Huhuu..

   Alhamdulillah!! Kesemuanya berjalan lancar walaupun benyak pahit getir yang perlu dilalui. Kedua-duanya membuahkan hasil yang sangat33x baik.. Yeaaay!!

  Kemudian, Syafa berjaya grad on time and capai target pointer! Walaupun tak seberapa, pointer setiap semester Syafa menunjukkan peningkatan. Perit jerih nak dapatkan 'sejemput' pointer itu, hanya Syafa yang rasa. You wouldn't know how the others feel if you're not in their shoes.

Last but not least, jangan berputus asa dalam mengejar apa jua matlamat dan cita- cita kita di tahun 2014. Yang paling penting, jadikanlah diri kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.

                  "Berdoa, Berusaha, Tawakal kepada Allah"

                          | Selamat Tahun Baru 2014 |