!Assalamualaikum!
Di suatu tengahari yang terik. .
Mak : Helmi oi! (bukan nama sebenar) Bangun laa. . Dah pukul 12 tengahari dah ni. . Bilanya kamu nak bangun ni?
Helmi : Apa mak?? Dah pukul 12?? Habis laa. . Orang dah janji dengan kawan nak pergi jogging. . Kenapa mak tak kejutkan??
Mak : Bertuah punya anak. . Tak kejutkan kamu kata?? Mak ni bagai nak terkeluar dah anak tekak dek kejutkan kamu dari pagi tadi. . Jiran pun dah naik bosan dengar mak menjerit-jerit pagi pagi buta ni. .
Helmi : Arghhhh!!!!!!
Haaa!! Dialog di atas ni biasanya berlaku di kala tengahari di penghujung setiap minggu. .
Aperdia??? Bila?? Isy kamu ni!! Omputih kata WEEKENDs!! *o0ooooo. .heheeee. .*
Sebenarnya, kamek nak cerita la sikit pasal Bakpo Kito Keno Pakat Bangun Pagi2. .
Haaaaaa!! Bakpo deyh??
- Bangun Solat Subuh
Yang ini sangat sangat lah PENTING! Kita bukan sahaja berjaya menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim, bahkan kita juga telah berjaya dalam 'medan peperangan'. . Melawan nafsu dan syaitan. .
- Dapat Bersenam
Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. . Dengan sedikit masa walaupun hanya sekadar 5 minit untuk bersenam , ia membantu kita menjadi lebih bertenaga. .
- Sarapan Awal
Yang ini pun amat lah penting. Dengan bersarapan, kita dapat menjana tenaga untuk memulakan kerja seharian kita seperti belajar , bekerja dan berfikir. .Selain itu, bersarapan di waktu pagi juga merupakan cara diet yang betul dan mampu mencegah daripada kegemukan. .
- Emosi Stabil
Cuba kita lihat satu situasi. .
" Rizal terlewat untuk ke tempat kerja pada hari ini. . Dengan tergesa- gesa, dia menyiapkan diri untuk ke tempat kerja. . Apabila memasuki jalan raya menuju ke tempat kerjanya, dia terperangkap dalam kesesakan jalan raya. .*sambil matanya melirik ke arah jam di dashboard kereta* Ya Allah!! Dah pukul 9. . Mati la aku. . "
"Setibanya di tempat kerja , jam menunjukkan pukul 9.45 pagi. . Dan hari itu , Rizal dimarahi dengan teruk oleh bosnya. . Dan kerana itu juga , mood Rizal terganggu. ."
Dan bila perkara sebegini terjadi , janganlah anda cuba2 untuk mententeramkan kawan sekerja anda melainkan anda seorang yang berJIWA KENTAL!!
- Dapat Menyelesaikan Kerja dengan SEGERA!!
Kalau anda seorang ibu. .
"Segala kerja rumah dari mengemas , mencuci pakaian , memasak dan sebagainya dapat disiapkan pada waktu tersebut. ."
Jika anda seorang bapa. .
" Anda dapat bangun awal dan mengejutkan keluarga anda untuk bersolat Subuh secara berjemaah. . Fuyoooo. . Satu keluarga dapat pahala berganda free!!"
- Menyambut Hari BARU
Merupakan kurniaan yang tak ternilai harganya!! Kenapa?? Yela. . Cuba bayangkan jika anda tidur buat selama- lamanya?? Maka, bersyukurlah di kala Allah masih lagi mengizinkan kita untuk bangun dari tidur dan meneruskan kehidupan sementara kita ini untuk mencari bekalan di akhirat kelak. .
- Produktiviti Kerja Lebih Bagus
Dengan tenaga yang kita peroleh daripada sarapan dan senaman, kita dapat melakukan kerja dengan baik dan InsyaAllah , lancar. .
0 comments:
Post a Comment