Wednesday, May 15, 2013

Guru Terbaikku.. Selamat Hari Guru!!

!Assalamualaikum!

Hai semua.. Entry kali ini special to my abah and my mama.. 



Kenapa ea??

Sebab hari ni Hari Guru.. Weee~~


Tapi kenapa kedua-duanya sekali??

Well! Abah ku memang seorang guru.. Mama pulak 'guru' kami adik beradik kat rumah.. Heheee...

Walaupun aku tak pernah menuntut ilmu secara formalnya dengan my parent *meaning belajar kat sekolah dengan my parent la* tapi aku tetap menganggap  my parent sebagai guruku walau dimana pun aku berada.. Almaklum lah aku pun memang  ditakdirkan Allah untuk menuntut ilmu di sekolah berasrama.. Hmm..

Aku sangat bersyukur dikurniakan my parent kerana tidak semua insan bertuah untuk membesar bersama parent mereka sehingga kita mampu menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita dari kecil lagi..Alhamdulillah..

Kisah hidup abah dan mama cukup menjadi sumber inspirasiku di kala aku jatuh terduduk dek kegagalan.. 


Abah...
Suatu ketika dahulu pernah merasai kepahitan hidup sebelum berjaya.. Abah ku berasal daripada sebuah keluarga miskin yang hanya mampu melihat orang lain bersukaria dengan kemewahan.. 
Ya!! Cerita ini bukan drama tapi realiti..

Bayangkan lah..

Dulu abahku hanya mampu melihat kanak- kanak lain membeli makanan yang hanya berharga 5 sen sahaja..

Dulu abahku selalu mengikat perut kerana ingin membeli buku dan alat tulis..

Dulu abahku pernah menaiki bas seorang diri tanpa diiringi oleh ibu bapanya ke universiti di Kuala Lumpur, hanya berbekalkan duit sumbangan pihak sekolah untuk meneruskan pelajarannya..

Ya!! Banyak lagi liku2 yang pernah abahku lalui sebelum mengecapi kesenangan yang dikurniakan Allah kepadanya sekarang..
Abah ku bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya dan akhirnya.......

Abahku meneruskan pengajian di maktab perguruan (sekarang IPG dah..) sehingga berjaya setelah menemui kegagalan di peringkat asasi..

Masih ku ingat ketika aku menerima tawaran ke matrikulasi, abah ku menegah aku daripada meneruskan pengajian di situ kerana bimbang jika aku menemui kegagalan sepertinya dulu.. Namun aku yakinkan abah bahawa Allah itu selalu bersama kita..Pasti Dia akan membantuku.. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian ku di matrikulasi dengan jayanya.. 

Mama..
Walaupun berasal daripada keluarga yang agak berada, mampu mendapatkan segala- galanya tetapi mama kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya dek kesibukan mereka mencari rezeki.. Mama juga sering dibuli dan dipukul ketika di bangku sekolah semata- mata ingin berkawan.. Tapi mama tak pernah mengadu kepada ibu bapanya.. Ya! Mama yang masih kanak- kanak juga berdikari menjaga pakcik ku yang masih lagi bayi ketika itu seorang diri.. Mana mungkin!! Tapi itu lah ibuku suatu ketika dulu.. Rutinnya seharian sebaik pulang dari sekolah, mengangkat air di telaga, menjaga adik yang masih bayi, memotong kayu api, menjerang air di dapur kayu dan banyak lagi..

Dan nekad ibuku, dia tidak akan membenarkan lagi apa yang pernah terjadi kepadanya berulang lagi terhadap anak- anak.. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada kami adik beradik.. Dan buktinya, ibuku pernah ke sekolah semata- mata ingin menegur perbuatan rakan sekelas ku yang suka membuli ku.. Memang hebat la mama!! Sampai sekarang budak tu dah tak berani buli aku lagi.. Hehee..

************************************

Kalau ibu bapaku mampu berdikari dan menjadi setabah itu, mengapa tidak aku?? Dan kerana itulah, apabila aku gagal dan diuji Allah dengan pelbagai dugaan, pasti aku akan mengimbau kembali kisah hidup mereka sebagai sumber inspirasi ku..Supaya aku terus tabah dan bersabar dalam menghadapi liku2 kehidupan ini..

Mereka juga selalu berpesan,

"Kak, jangan lupakan Allah.. Jangan tinggalkan solat.. Ingat Dia selalu.. Kalau sedih, ambil wuduk dan solat.. Mengadulah pada Dia .. Walaupun abah dan mama takde kat sebelah kakak sekarang, Allah ada untuk jaga kakak..Ingat ye nak.."
*terus menitis airmataku*

Hmmm..

"Abah, walaupun kakak tak berjaya meneruskan bakti abah sebagai seorang guru, kakak percaya.. Pasti ada sesuatu yang telah Allah tetapkan untuk kakak di masa hadapan kelak.. Kakak percaya dengan ketentuan Allah.. Mama, terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang terbaik untuk kakak. Hanya satu yang kakak perlukan.. Doa, restu dan sokongan daripada abah dan mama mengiringi kehidupan kakak.. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar abah dan mama selama ini. Mungkin kakak tak dapat nak jadi seperti abah dan mama.. Tapi kakak akan didik anak2 kakak kelak sebagaimana abah dan mama mendidik kakak dan adik2.. Terima kasih abah, ma.. Terima kasih untuk segala- galanya.. Kakak sayang abah dan ma"


Kabinet Malaysia 2013



Perdana Menteri:
Najib Tun Razak 


Timbalan Perdana Menteri:
Muhyiddin Yassin 



Jabatan Perdana menteri:
Jamil Khir Bahrom 
Idris Jala 
Abdul Wahid Omar 
Joseph Kurup 
Puan Hajah Nancy Shukri 
Joseph Entulu anak Belalun 
Paul Low Seng Kwan 
Shahidan Kassim



Timbalan Menteri di JPM
Razali Ibrahim 
P Waythamoorthy 



Menteri Kewangan 1:
Najib Tun Razak 



Menteri Kewangan II: 
Ahmad Husni Hanadzlah 
Timbalan Menteri Kewangan:
Ahmad Maslan 



Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I: Muhyiddin Yassin 
Menteri II: Idris Jusoh 
Timbalan I: Mary Yap Kain Ching 
Timbalan II: P Kamalanathan 



Menteri Pertahanan:
Hishammuddin Hussein 
Timbalan: 
Abdul Rahim Bakri 



Menteri Dalam Negeri: 
Ahmad Zahid Hamidi 
Timbalan: 
Wan Junaidi Tunku Jaafar 



Menteri Pengangkutan:
Hishammuddin 
Timbalan: 
Abdul Aziz Kaprawi 



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan:
Nazri Abdul Aziz 
Timbalan:
Joseph Salang Anak Gandum 



Menteri Luar Negeri:
Anifah Aman 
Timbalan: 
Hamzah Zainuddin 



Menteri Kerja Raya:
Fadillah Yusof 
Timbalan:
Rosnah Abdul Rashid Shirlin 



Menteri Kesihatan:
Dr S Subramaniam 
Timbalan:
Hilmi Yahaya 



Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar 
Timbalan:
M Saravanan 



Menteri Sumber Manusia:
Richard Riot Anak Jaem 
Timbalan: 
Ismail Abd Muttalib 



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
Hassan Malek 
Timbalan:
Ahmad Bashah Md Hanipah 



Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Mustapa Mohamad 
Timbalan:
Hamim Samuri 



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Ismail Sabri Yaakob
Timbalan:
Tajuddin Abdul Rahman



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan:
Abu Bakar Mohd Diah



Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:
G Palanivel
Timbalan:
Dr James Dawos Mamit



Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Maximus Ongkili 
Timbalan:
Mahdzir Khalid



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah:
Shafie Apdal
Timbalan: Alexander Nanta Linggi 



Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi:
Douglas Uggah Embas
Timbalan:
Noriah Kasnon



Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Abdul Rahman Dahlan
Timbalan:
Halimah Sadique 



Menteri Komunikasi dan multimedia:
Ahmad Shabery Cheek
Timbalan:
Jailani Johari



Menteri Wilayah Persekutuan: 
Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan:
Loga Balamohan



Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Rohani Abdul Karim 
Timbalan:
Azizah Mohd Dun





Bulan Rejab Dah Datang..

!Assalamualaikum!

Hai semua.. Hmm.. Korang tau tak??

Hari ni dah masuk hari yang ke- 5 dalam bulan Rejab.. Sepanjang bulan ini, kita digalakkan untuk berpuasa dan beribadat lebih kerana bulan ini juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang beribadat..


Untuk mengenali dan mengetahui maklumat tentang bulan Rejab dengan lebih lanjut, klik la link2 kat bawah ni...




Selamat Beramal Yew..


Tips Kecantikan Paling Mudah

!Assalamualaikum!

Entry kali ini merupakan rentetan daripada entry aku Kecantikan Itu Subjektif ..
Jadi kalau nak tahu apa isinya, klik je yew.. Heheeee..

Baiklah.. Hari ni aku akan bagi tips kecantikan yang paling mudah..

Tidak memerlukan kos yang tinggi.. Cuma korang hanya perlu banyak bersabar dan melakukannya secara konsisten.. Okay..


Bagi menaikkan seri muka anda, *chewah!!* bersihkan muka anda sekurang-kurangnya 5 kali sehari.. Tapi bukan dengan cleanser yang dijual kat kedai tue.. Bahannya hanyalah air wuduk.. Kemudian, jangan dilap air tersebut sebaliknya biarlah ia kering dengan sendirinya.


Untuk kelihatan awet muda macam baby pulak, selalulah senyum.. Dan bukan sekadar senyuman di bibir, sebaliknya sennyumlah juga di dalam hati.. Sambil tu, amalkan juga doa ketika melihat cermin..


Kalau korang stress, korang bolehlah 'bersenam'..

"Alaaaa.. Malas la.. Lagipun mana sempat nak exercise ni.. Sibuk la.."

Eh!! Tak payah susah- susah.. Korang perbanyakkan solat.. Solat fardu WAJIB tau!! Kemudian, tambah la pulak dengan solat2 sunat.. Solat tu dikira bersenam jugak tau.. 
Kalau nak tau dengan lebih lanjut, klik ni Bersenam Dengan Solat


Untuk memiliki bibir yang menawan, perbanyakkanlah berzikir, tidak berbohong, tidak menyakiti hati orang, jangan sombong atau dengan kata lain takbur.. *Nauzubillah*


Dan tips terakhir sekali adalah memiliki tubuh yang langsing.. Bagaimana??
Berpuasalah sekurang- kurangnya 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.. Kalau korang mampu, puasalah seperti Nabi Ayub a.s iaitu selang satu hari. 
Kemudiannya, makanlah dari makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayuran, buah- buahan dan juga air putih *orang kita kata air masak ler*


Jadi, renung- renungkan dan yang paling penting, Selamat Beramal yew.. 

Kecantikan Itu Subjektif

!Assalamualaikum!

Hai semua. . Apa khabar?? Lama dah rasanya tak buat entry ni. .

Tiba- tiba, datang pulak idea nak tulis pasal entry ni. . Idea ni sebenarnya ilham daripada situasi di sekeliling aku. . Kebetulan la pulak sekarang ni, di UKM tengah hangat musim ber'dinner' di kolej- kolej kediaman. .Of course, all the girls yang paling excited bila ada event2 camni.. Why?? Because konfem la dorang boley melaram cantik2. .=)

Kolej aku dah settle lama dah pasal dinner ni. . Tapi tak sempat lagi nak tulis entry pasal dinner tu sebab sekarang aku tengah sibuk dengan penulisan tesis untuk projek tahun akhir aku. . Al maklumlah dah tahun akhir kan. . InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, Oktober ni aku grad dah la. . Weee~~

Okay, berbalik pada tajuk kita. . Hahaaa.. Jauh dah menyimpang ni. .

Baiklah. .

KECANTIKAN!!!

Apa itu kecantikan??

Bagaimana kecantikan itu dikategorikan??

Adakah mengikut warna kulit?? Warna mata?? Bentuk badan?? Keturunan??



Kebanyakan orang pula meletak kecantikan itu megikut tubuh badan dan warna kulit. .

Boleh rasanya kalau kita katakan bahawa 
kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif. . 

Kenapa??

Jika kita melihat kepada bentuk badan, orang yang berbadan besar *orang kita panggil gemuk. . hmmm.. Asal besar jew, gemuk.. haish* pun ada je yang kawen kan..

Kalau melihat pada kulit, orang berkulit hitam pun ada secret admirer dan berkahwin. .

Jadi, di mana letaknya kecantikan itu sekarang??

Kecantikan sebenarnya bergantung kepada setiap individu. Ada sesetengah daripada kita melihat kepada kecantikan fizikal.. Manakala ada sesetengah daripada kita melihat kecantikan itu dari sudut dalaman atau kerohanian. .Bagi kaum hawa, adalah penting bagi kita untuk menjaga kecantikan kedua- duanya, yakni, fizikal dan juga rohani. .


Namun begitu, ingatlah bahawa segala- gala yang kita peroleh sekarang adalah pinjaman daripada Allah s.w.t. . Pinjaman ini Allah berikan kepada kita untuk menguji kita samada kita bersyukur atau sebaliknya. . Seeloknya, bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita dan janganlah sesekali kita mengeluh dengan kekurangan yang ada pada diri kita kerana ingatlah bahawa setiap manusia itu tidak sempurna.. 

Seandainya, kita merasa kurang keyakinan diri kerana kita mempunyai kekurangan tersebut seperti berbadan besar atau kita ini hodoh, ingatlah, pasti ada orang yang menerima ujian yang lebih besar daripada kita. . Belajarlah bersyukur dengan segala kurniaan Allah dan jangan sesekali mengeluh..


"Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersyukur, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain."