Wednesday, May 15, 2013

Tips Kecantikan Paling Mudah

!Assalamualaikum!

Entry kali ini merupakan rentetan daripada entry aku Kecantikan Itu Subjektif ..
Jadi kalau nak tahu apa isinya, klik je yew.. Heheeee..

Baiklah.. Hari ni aku akan bagi tips kecantikan yang paling mudah..

Tidak memerlukan kos yang tinggi.. Cuma korang hanya perlu banyak bersabar dan melakukannya secara konsisten.. Okay..


Bagi menaikkan seri muka anda, *chewah!!* bersihkan muka anda sekurang-kurangnya 5 kali sehari.. Tapi bukan dengan cleanser yang dijual kat kedai tue.. Bahannya hanyalah air wuduk.. Kemudian, jangan dilap air tersebut sebaliknya biarlah ia kering dengan sendirinya.


Untuk kelihatan awet muda macam baby pulak, selalulah senyum.. Dan bukan sekadar senyuman di bibir, sebaliknya sennyumlah juga di dalam hati.. Sambil tu, amalkan juga doa ketika melihat cermin..


Kalau korang stress, korang bolehlah 'bersenam'..

"Alaaaa.. Malas la.. Lagipun mana sempat nak exercise ni.. Sibuk la.."

Eh!! Tak payah susah- susah.. Korang perbanyakkan solat.. Solat fardu WAJIB tau!! Kemudian, tambah la pulak dengan solat2 sunat.. Solat tu dikira bersenam jugak tau.. 
Kalau nak tau dengan lebih lanjut, klik ni Bersenam Dengan Solat


Untuk memiliki bibir yang menawan, perbanyakkanlah berzikir, tidak berbohong, tidak menyakiti hati orang, jangan sombong atau dengan kata lain takbur.. *Nauzubillah*


Dan tips terakhir sekali adalah memiliki tubuh yang langsing.. Bagaimana??
Berpuasalah sekurang- kurangnya 2 kali seminggu iaitu pada hari Isnin dan Khamis.. Kalau korang mampu, puasalah seperti Nabi Ayub a.s iaitu selang satu hari. 
Kemudiannya, makanlah dari makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayuran, buah- buahan dan juga air putih *orang kita kata air masak ler*


Jadi, renung- renungkan dan yang paling penting, Selamat Beramal yew.. 

1 comments:

Iedya Abdullah said...

nice entry..=) (Y)