Wednesday, May 1, 2013

Antara Kawan dan Cinta

!Assalamualaikum!

Aku rasa macam terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidup ku. . 

Kalau korang ade pandangan yang nak dikongsi tentang entry ni, jangan lupe tinggalkan komen ok. . =)

Kawan?? Cinta??
Mana satu pilihan anda. . 



Kalau aku, pasti aku akan pilih KAWAN. .
Kerana selama ini, mereka lah yang banyak bersama ku di kala aku dalam kesusahan mahupun sebaliknya. . 

Tapi bagaimana jika kawan itu jugalah CINTA kita??
Hmmmm. . . . . 



Inilah yang aku sedang hadapi hingga saat ini. . 

Tersepit di antara kawan dan cinta!!

Andai aku dikurniakan Allah kuasa untuk memadamkan memori antara aku dan dia, betapa untung nya aku. . Memang aku tak nafikan susah untukku menyelesaikan masalah sebegini. . 

Kenapa??

Kerana dia lah sahabat baikku. . dan dia jugalah cinta hatiku. .
* jujur, kami tak pernah kapel pun. . heheee* 



Sememangnya, aku di dalam dilema sekarang. . Dan di kala inilah juga, aku melakukan satu kesilapan besar dalam persahabatan kami. . Kini, hubungan kami agak keruh dan aku sendiri dah tak tahu bagaimanakah caranya untuk aku jernihkan balik hubungan kami ini. .

Kesilapan yang aku lakukan sememangnya sangat besar. . Tapi aku tak berniat nak melakukannya. . Aku cuma ingin menjauhkan diri daripada dia, buat seketika waktu. . 
Bukannya menjauhkan diri daripada hubungan kami ini. .

Sesungguhnya, aku kematian akal untuk perbetulkan balik hubungan kami ini. . 




Harapanku satu sahaja. . .
 Sekiranya Allah gerakkan hatinya untuk membaca entry ini, moga dia dapat memahami dilema yang sedang aku alami sekarang dan bersedia memaafkan aku. . 

"Awak, saya mengaku kesilapan saya. . Saya tahu ini bukan lah kali pertama saya lakukan sebegini terhadap awak. . Tapi saya perlukan peluang kedua daripada awak. . Sejujurnya, saya malu dengan diri saya dan awak. . Sebab  terlalu bodoh dan berkelakuan bodoh. . Sekiranya awak sedang membaca entry saya sekarang, TOLONGLAH MAAFKAN SAYA. . Kalau bukan kerana saya, maafkanlah saya kerana persahabatan kita. . Saya tak kisah kalau saya bertepuk sebelah tangan. . Tapi TOLONGLAH awak!! Jangan sesekali benarkan persahabatan kita ini yang bertepuk sebelah tangan sebab saya betul- betul sayangkan persahabatan kita ini. . Segala pahit manis kenangan dan pengalaman hidup kita kongsi bersama. ."

0 comments: