Wednesday, May 15, 2013

Guru Terbaikku.. Selamat Hari Guru!!

!Assalamualaikum!

Hai semua.. Entry kali ini special to my abah and my mama.. 



Kenapa ea??

Sebab hari ni Hari Guru.. Weee~~


Tapi kenapa kedua-duanya sekali??

Well! Abah ku memang seorang guru.. Mama pulak 'guru' kami adik beradik kat rumah.. Heheee...

Walaupun aku tak pernah menuntut ilmu secara formalnya dengan my parent *meaning belajar kat sekolah dengan my parent la* tapi aku tetap menganggap  my parent sebagai guruku walau dimana pun aku berada.. Almaklum lah aku pun memang  ditakdirkan Allah untuk menuntut ilmu di sekolah berasrama.. Hmm..

Aku sangat bersyukur dikurniakan my parent kerana tidak semua insan bertuah untuk membesar bersama parent mereka sehingga kita mampu menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita dari kecil lagi..Alhamdulillah..

Kisah hidup abah dan mama cukup menjadi sumber inspirasiku di kala aku jatuh terduduk dek kegagalan.. 


Abah...
Suatu ketika dahulu pernah merasai kepahitan hidup sebelum berjaya.. Abah ku berasal daripada sebuah keluarga miskin yang hanya mampu melihat orang lain bersukaria dengan kemewahan.. 
Ya!! Cerita ini bukan drama tapi realiti..

Bayangkan lah..

Dulu abahku hanya mampu melihat kanak- kanak lain membeli makanan yang hanya berharga 5 sen sahaja..

Dulu abahku selalu mengikat perut kerana ingin membeli buku dan alat tulis..

Dulu abahku pernah menaiki bas seorang diri tanpa diiringi oleh ibu bapanya ke universiti di Kuala Lumpur, hanya berbekalkan duit sumbangan pihak sekolah untuk meneruskan pelajarannya..

Ya!! Banyak lagi liku2 yang pernah abahku lalui sebelum mengecapi kesenangan yang dikurniakan Allah kepadanya sekarang..
Abah ku bertekad untuk mengubah kehidupan keluarganya dan akhirnya.......

Abahku meneruskan pengajian di maktab perguruan (sekarang IPG dah..) sehingga berjaya setelah menemui kegagalan di peringkat asasi..

Masih ku ingat ketika aku menerima tawaran ke matrikulasi, abah ku menegah aku daripada meneruskan pengajian di situ kerana bimbang jika aku menemui kegagalan sepertinya dulu.. Namun aku yakinkan abah bahawa Allah itu selalu bersama kita..Pasti Dia akan membantuku.. Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian ku di matrikulasi dengan jayanya.. 

Mama..
Walaupun berasal daripada keluarga yang agak berada, mampu mendapatkan segala- galanya tetapi mama kurang mendapat perhatian daripada ibu bapanya dek kesibukan mereka mencari rezeki.. Mama juga sering dibuli dan dipukul ketika di bangku sekolah semata- mata ingin berkawan.. Tapi mama tak pernah mengadu kepada ibu bapanya.. Ya! Mama yang masih kanak- kanak juga berdikari menjaga pakcik ku yang masih lagi bayi ketika itu seorang diri.. Mana mungkin!! Tapi itu lah ibuku suatu ketika dulu.. Rutinnya seharian sebaik pulang dari sekolah, mengangkat air di telaga, menjaga adik yang masih bayi, memotong kayu api, menjerang air di dapur kayu dan banyak lagi..

Dan nekad ibuku, dia tidak akan membenarkan lagi apa yang pernah terjadi kepadanya berulang lagi terhadap anak- anak.. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada kami adik beradik.. Dan buktinya, ibuku pernah ke sekolah semata- mata ingin menegur perbuatan rakan sekelas ku yang suka membuli ku.. Memang hebat la mama!! Sampai sekarang budak tu dah tak berani buli aku lagi.. Hehee..

************************************

Kalau ibu bapaku mampu berdikari dan menjadi setabah itu, mengapa tidak aku?? Dan kerana itulah, apabila aku gagal dan diuji Allah dengan pelbagai dugaan, pasti aku akan mengimbau kembali kisah hidup mereka sebagai sumber inspirasi ku..Supaya aku terus tabah dan bersabar dalam menghadapi liku2 kehidupan ini..

Mereka juga selalu berpesan,

"Kak, jangan lupakan Allah.. Jangan tinggalkan solat.. Ingat Dia selalu.. Kalau sedih, ambil wuduk dan solat.. Mengadulah pada Dia .. Walaupun abah dan mama takde kat sebelah kakak sekarang, Allah ada untuk jaga kakak..Ingat ye nak.."
*terus menitis airmataku*

Hmmm..

"Abah, walaupun kakak tak berjaya meneruskan bakti abah sebagai seorang guru, kakak percaya.. Pasti ada sesuatu yang telah Allah tetapkan untuk kakak di masa hadapan kelak.. Kakak percaya dengan ketentuan Allah.. Mama, terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat yang terbaik untuk kakak. Hanya satu yang kakak perlukan.. Doa, restu dan sokongan daripada abah dan mama mengiringi kehidupan kakak.. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar abah dan mama selama ini. Mungkin kakak tak dapat nak jadi seperti abah dan mama.. Tapi kakak akan didik anak2 kakak kelak sebagaimana abah dan mama mendidik kakak dan adik2.. Terima kasih abah, ma.. Terima kasih untuk segala- galanya.. Kakak sayang abah dan ma"


10 comments:

Fais-SKA said...

wowww..family cikgu :) msti family tegas ni kn..slmat hri guru jugak..

syafawatIkmal said...

Terima kasih S.K.A..
Selamat hari guru jugak untuk cikgu2 awak.. heheee

Unknown said...

Selamat hari guru :)

_Anaaaaa said...

Yaa itu lah guru terbaik :') Alhamdulillah...

syafawatIkmal said...

Thanx aQu Mad.. Selamat hari guru untk awk jugak... =)

syafawatIkmal said...

Yup It's Me!! And it's always be..

Unknown said...

wah..ayah cikgu..hehe..selamat hari guru dan hari ibu yea..

syafawatIkmal said...

Thnax Nana Liena.. heheee.. Selamat hari guru dan ibu untk awk sekeluarga jugak =)

Teena Tna said...

Selamat hari guru buat kamu sekeluarga..nie memang keluarga guru nii

syafawatIkmal said...

Thanx Teena Tna.. Heheee.. Semua ibu bapa adalah guru kepada anak2 nya =)