Saturday, June 8, 2013

First Reunion G in Melaka : Jejalan =)

Assalamualaikum semua.. 

Lama dah tak update citer syafa ni. Heheee.. Bajet retis sangat kan. Macam la semua orang nak tahu kan pasal syafa ni. Hahaa.

Hari tue, kalau tak silap syafa akhir bulan April, syafa dengan kerjasama main sponsor
*chewah* encik Zairul  telah meng'organize'kan pertemuan semula a.k.a REUNION kengkawan kelas masa kat Kolej MARA Kulim dulu.

Siap ada banner lagi tue.. Heheee..

Rasanya ktorang ni hebat la jugak sebab dapat menyatukan kengkawan yang datang dari segenap pelusuk Malaysia untuk berkumpul. Yelah mana tak nya. Dari Perak ada, Melaka pun ada. KL?? Of course!! Sebab syafa stay kat area tue la. Hehee. Tapi ini semua dengan izin Allah =)


Menunggu..

Petronas Ayer Keroh..

Posingcute gitu..

Kembar tak bape nak iras terpisah..

Dah macam Jejak Kasih pulak budak berdua ni..

We girls..

They, Boyzs..

Me?? The only Kurung's Girl~~

REUNION ni kali pertama ktorang buat setelah tiga tahun berpisah membawa haluan masing- masing dan tak banyak yang berubah antara ktorang. Cuma ada beberapa orang yang dah nak habis pengajian dorang. Kejap jew masa berlalu kan. Pejam celik, Pejam celik dah nak grad. =) *One of the, syafa lah. Huhuu..*

So, hasil perbincangan dengan Encik Zairul, ktorang decide mula- mula tue nak buat kat PD a.k.a Port Dickson jew. Tapi alang- alang dah sampai PD tue, eloklah kalau pergi Melaka terus kan. Apa kata orang tua, 'Alang- alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan'. Iye dok??

Namun begitu, akhirnya, plan bertukar 360 darjah. Kenapa???

Everything's changed because of the limited time. We should be in Melaka at 10 am. However, because of some miscommunication, we reached Melaka at  11 am. Then, bila sampai kat sana pulak, kawan ktorang merangkap tour guide ktorang tak muncul- muncul lagi. Aigoo! Dekat pukul 12 camtu, baru la dorang sampai.



Pukul 12 baru sampai.. Lambat!!

Our tour guides, Zack & Awang

Then, the first thing we did there, BOWLING!! 
*Tapi yang ni takde pun dalam plan =_=''*


Mencari 'LuckyShoes" katanya..

Dapat jugak kasut baru.. Caught on camera!!

Menuju ke gelanggang.. Yeah!!

Macam macam gelagat ada bila tengok dorang main ni. Al-maklumlah! Mereka semua ni bukannya pemain kebangsaan pun. Sekadar seorang beginner sahaja. Hehee. Ada yang bola masuk longkang la. Ada yang gaya jew lebih, pin satu jew yang jatuh. Ada jugak yang masa nak golek bola tue jalan ayu jew, tiba- tiba STRIKE!!! Hebat la weyh. Tapi yang paling tak dapat aku lupa, adegan yang satu ni. Ktorang tengah fokus tengok semua orang beraksi. Tiba- tiba ada bola bergolek depan aku. Aikk!!! Bukan pin kat depan kew? Camane boleh ada kt belakang pulak ni?? Rupa- rupanya kawan aku si Siah tue terlepas bola dia. Ape lagi! Semua orang gelak guling- guling lah. Hahahahahaaaaaaa. *Eh tak baik gelakkan orang tau. Hahaaa.*


Cutey!! Back-sided ball!! Striker!!

Ni nak main ke nak membaca??

Posing lepas penat berBowling..

Then, abes beraksi, ktorang pergi makan and solat dulu.


Cinta berputik antara mereka..
Selepas itu, ktorang bergerak ke Dataran Pahlawan dan melawat kawasan sekitarnya. Sempat jugak pekena air cendol Melaka dalam perjalanan tue. Pergh!!! Memang the best la!! Kena cuba taw. 
*Tapi lupew pulak lokasi kedai tue. Yang ingat, dekat citu banyak kedai cina jew. Hahaaaa.*

Sampai jew kat Dataran Pahlawan, ktorang pegi kat replika keretapi yang ada kat sekitar kawasan tue sementara menunggu bebudak ni cari tempat parking kereta. Then, ktorang 'ziarah' A Famosa and panjat tangga menuju ke atas bukit sebab ada satu bangunan kat atas bukit tue. Tapi aku lupa la pulak nama bangunan tue. Al- maklumlah! Takde la pulak dalam buku sejarah masa belajar kat sekolah dulu. Heheeee. 


Tersenyum walaupun ditendang =)

We all + awek Zack..

The train..
Hadapan A Famosa..

Ukiran ni ada kat bangunan atas bukit tue..

Bangunan atas bukit..

Girls..

Abaikan gadis ini.. Sila lihat belakang dia..Hahaa..

Kapal terbang pun ada kat Melaka ni.. Hahaaa..

Dah penat berjalan di tengah cuaca panas, ktorang pergi la pulak Dataran Pahlawan Mall. sejuk woo!!! Mall la katakan. Heheee. Kebetulan pulak masa tue, Traxx fm ada buat showcase. Dapat la jugak tengok show daripada selebriti 'BeatBox'. Taw tak apa tu BeatBox?? Beat box ni macam one kind of talent which that person can make sounds like the music instrument just using his mouth. Hebatkan?? Then En.Zairul sempat jugak rembat free merchandises yang Traxx fm bagi.. Dia dapat 1 pendrive 8GB and 2 T-shirts. 1 of the T-shirts tue pulak dye bagi kat aku. Heheee. Thanx =)

Dah penat jenjalan, ktorang rehat- rehat jap depan toilet. Eh!! Bukan! Bukan! Dalam mall tue la sambil menunggu ketibaan sorang lagi kawa ktorang yang labat daripada biasa. Hahaaa. 

The next episode, ktorang naik cruise pulak. Ala ala Titanic gitu =) ~Weeeee~



0 comments: